Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sidang parlimen M'sia ditangguhkan sementara ekoran amaran kebakaran

Sidang Dewan Rakyat ditempohkan sementara pada Selasa (1 Dis) selepas penggera kebakaran berbunyi.

Anggaran Waktu Membaca:
Sidang parlimen M'sia ditangguhkan sementara ekoran amaran kebakaran

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 01 Dec 2020 11:51AM Dikemas Kini : 01 Dec 2020 11:55AM

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat ditempohkan sementara pada Selasa (1 Dis) selepas penggera kebakaran berbunyi.

Kejadian berlaku pada 10.15 pagi ketika Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim menjawab soalan pada sesi soal jawab lisan.

Ekoran itu kesemua yang berada di bangunan Parlimen termasuk Ahli Parlimen dan pegawai diarahkan keluar Dewan dan berkumpul di tempat berkumpul sewaktu kecemasan di bangunan Parlimen.

Sementara itu, ketika menyambung semula persidangan, Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berkata terdapat sedikit masalah teknikal dan perkara itu sedang disiasat.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon berkata Yang Dipertua Dewan menempohkan sidang dan meminta kesemua Ahli Parlimen dan pegawai keluar dari bangunan Parlimen selepas penggera berbunyi pada 10.18 pagi.

Katanya, Bahagian Keselamatan Parlimen telah melakukan pemeriksaan dan mendapati tiada perkara yang mencemaskan berlaku.

"Sekarang pada 10.32 pagi, Alhamdulillah semuanya selamat dan loceng sidang dewan dibunyikan selama dua minit untuk memanggil Ahli Parlimen masuk ke dalam dewan," katanya.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berkata kesemua Ahli Parlimen mematuhi arahan untuk keluar dari bangunan sebagai langkah keselamatan.

"Saya dan teman-teman berada dalam dewan dan mendengar ada penggera kebakaran dan diarah keluar dari bangunan Parlimen dan tidak menggunakan lif," katanya.

Katanya, kejadian seumpama ini merupakan yang pertama dialaminya sejak menjadi Ahli Parlimen.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan