Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sidang iklim COP26 lebih sukar capai kejayaan berbanding Paris

Sidang iklim COP26 hujung bulan ini lebih sukar mencapai kejayaan berbanding sidang Paris 2015 yang berjaya mewujudkan satu perjanjian, menurut seorang menteri Kabinet Britain pada Sabtu (23 Okt) berhubung perhimpunan yang bermula 31 Oktober hingga 12 November di Glasgow, Scotland.

Anggaran Waktu Membaca:
Sidang iklim COP26 lebih sukar capai kejayaan berbanding Paris

Gambar Hiasan: Perubahan iklim membawa kepada beberapa bencana alam semula jadi. (Gambar: AFP/Jewel Samad)

Diterbitkan : 23 Oct 2021 11:14PM Dikemas Kini : 23 Oct 2021 11:19PM

LONDON: Sidang iklim COP26 hujung bulan ini lebih sukar mencapai kejayaan berbanding sidang Paris 2015 yang berjaya mewujudkan satu perjanjian.

Demikian menurut seorang menteri Kabinet Britain pada Sabtu (23 Okt) berhubung perhimpunan yang bermula 31 Oktober hingga 12 November di Glasgow, Scotland.

Sidang iklim itu adalah yang terbesar sejak sidang Paris dan dilihat sebagai amat penting dalam menetapkan sasaran pelepasan karbon seluruh dunia bagi memperlahankan pemanasan global.

Menteri Britain yang bertanggungjawab menguruskan sidang itu, Alok Sharma, memberitahu akhbar Guardian bahawa usaha memastikan hampir 200 negara memberi komitmen dan bersetuju dengan sasaran pelepasan karbon adalah satu tugas berat.

Sasaran itu menetapkan sasaran mengehadkan peningkatan suhu global kepada kurang 1.5 darjah Selsius di atas tahap pra-industri.

"Apa yang sedang kami cuba capai di Glasgow adalah tugas sangat sukar,"katanya.

"Apa yang dilakukan di Paris adalah luar biasa, namun kebanyakan perincian peraturan dibiarkan untuk ditetapkan pada masa depan.

"Kami seolah-olah kini di penghujung peperiksaan, hanya tinggal soalan yang paling sukar untuk diselesaikan dan hampir kesuntukan masa,"tambah Encik Sharma.

"Ini tentunya lebih sukar berbanding Paris di pelbagai peringkat."

 Tugas itu juga menjadi lebih sukar memandangkan Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak akan hadir, sebaliknya hanya menghantar delegasi ke perhimpunan lebih 120 pemimpin dunia dan sekitar 25,000 rombongan di Glasgow.

Perjanjian Paris menyaksikan 197 negara bersetuju mengehadkan pemanasan global kepada bawah dua darjah Selsius.

Namun, ikrar pengurangan pelepasan gas rumah hijau (NDC), iaitu dasar negara bagi melaksanakan perjanjian itu, dilihat sebagai tidak mencukupi dan memperkukuhkan dasar itu adalah kunci utama rundingan kali ini.

"Apa yang mungkin akan kita katakan kepada setiap negara adalah, jika NDC anda tidak cukup baik, kita terpaksa kembali ke meja rundingan," kata Encik Sharma.

Beliau kemudian menggesa negara yang melepaskan kadar karbon terbesar dunia, China, untuk membentangkan NDC.

Namun hubungan negara itu dengan Barat yang goyak dilihat bakal menjadi antara halangan dalam sidang tersebut kelak.

"Mereka menandatangani kenyataan pada Julai lalu yang dirundingkan di Naples, menyatakan bahawa semua negara G20 akan menambah baik NDC sebelum COP dan saya ingin mengingatkan mereka perlu menunaikannya," katanya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis berkata keadaan cuaca sekarang seakan "menuju ke arah bencana".

Beliau turut menekankan pentingnya untuk mengelakkan sebarang kegagalan di COP26.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan