Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Siasatan jenayah terhadap Johnson & Johnson; dakwa risiko barah pada bedak bayi

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat sedang menjalankan siasatan untuk menentukan sama ada Johnson & Johnson berbohong tentang risiko barah daripada penggunaan bedak talkum buatan syarikat itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Siasatan jenayah terhadap Johnson & Johnson; dakwa risiko barah pada bedak bayi

Gambar fail. (Gambar: Lucas Jackson/REUTERS)

Diterbitkan : 13 Jul 2019 09:45AM Dikemas Kini : 13 Jul 2019 09:48AM

WASHINGTON: Jabatan Keadilan Amerika Syarikat sedang menjalankan siasatan untuk menentukan sama ada Johnson & Johnson berbohong tentang risiko barah daripada penggunaan bedak talkum buatan syarikat itu.

Siasatan itu menghimpunkan barisan juri agung, lapor Bloomberg pada Jumaat (12 Jul), memetik sumber daripada pihak yang mempunyai pengetahuan tentang perkara tersebut.

Laporan Bloomberg menyatakan juri agung sedang menyiasat dokumen-dokumen berkaitan dengan pengetahuan para pegawai syarikat Johnson & Johnson (J&J) berhubung sebarang karsinogen, atau bahan penyebab barah, dalam produk mereka.

J & J mendedahkan dalam laporan tahunannya pada Februari lalu bahawa ia menerima sepina dari Jabatan Keadilan serta Suruhanjaya Sekuriti dan Saham berkaitan litigasi bedak bayi yang sedang berlangsung namun syarikat berkenaan tidak memberikan butiran lanjut.

Dalam kenyataan yang dihantar melalui emel kepada Reuters pada Jumaat, syarikat itu menyatakan tiada perkembangan terbaru berhubung kes tersebut.

"Seperti yang telah kami nyatakan dalam pemfailan SEC Februari 2010, kami sudahpun menerima sepina daripada Jabatan Keadilan (DOF) Amerika Syarikat. Kami bekerjasama sepenuhnya dengan siasatan DOJ," jelas jurucakap Ernie Knewitz dalam kenyataan itu.

Jabatan Keadilan enggan memberikan sebarang ulasan.
Saham syarikat itu jatuh 5 peratus kepada AS$133.02 (S$0.88) berikutan laporan tersebut.

Johnson & Johnson kini berdepan tindakan guaman melibatkan lebih 14,000 plaintif yang mendakwa menggunakan produk-produk talkum syarikat tersebut termasuk bedak bayi yang menyebabkan barah.

Laporan Reuters pada 14 Disember tahun lalu mendedahkan bahawa Johnson & Johnson sudah mengetahui sejak beberapa dekad lalu bahawa sejumlah kecil asbestos, sejenis bahan yang diketahui boleh menyebabkan barah, kadangkala ditemui pada produk talkum dan bedaknya. Ini berdasarkan ujian yang dijalankan dari 1970-an hingga awal tahun-tahun 2000.

Bagaimanapun, maklumat itu tidak mendedahkan kepada para pengawal selia mahupun orang ramai.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan