Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Siaran BBC World News diharamkan di China

Saluran televisyen Britain, BBC World News, pada Jumaat (12 Feb) dilarang menyiarkan rancangan dan liputannya di China, seminggu selepas pengawal selia media Britain menarik balik lesen penyiaran televisyen pemerintah China di Britain.

Anggaran Waktu Membaca:
Siaran BBC World News diharamkan di China

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 12 Feb 2021 11:42AM Dikemas Kini : 12 Feb 2021 11:43AM

REUTERS: Saluran televisyen Britain, BBC World News, pada Jumaat (12 Feb) dilarang menyiarkan rancangan dan liputannya di China, seminggu selepas pengawal selia media Britain menarik balik lesen penyiaran televisyen pemerintah China di Britain.

Jabatan Pentadbiran Televisyen dan Radio Nasional China menyatakan satu siasatan mendapati bahawa laporan-laporan berkaitan China oleh BBC World News "melanggar peraturan" termasuk yang menetapkan liputan berita perlu "bersikap adil, telus dan jujur," sekali gus menjejas kepentingan dan perpaduan negara itu.

Justeru, saluran itu tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan bagi penyiaran saluran-saluran luar negara di China dan permohonannya untuk terus bersiaran bagi setahun lagi tidak akan diterima.

Saluran Bahasa Inggeris BBC World News tidak termasuk dalam kebanyakan pakej saluran TV di China, namun ia disediakan di sesetengah hotel dan tempat kediaman.

Dua wartawan Reuters di China berkata bahawa saluran itu tiba-tiba hilang daripada skrin televisyen mereka.

Langkah China itu dikecam oleh Menteri Ehwal Luar Britain Dominic Raab dan Jabatan Negara AS sementara BBC pula menyatakan bahawa ia berasa "kecewa".

"Keputusan China untuk mengharamkan saluran BBC World News di tanah besar China menyekat kebebasan media yang tidak boleh diterima sama sekali," kata Encik Raab.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan