Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Shopee nafi vaksin COVID-19 Pfizer dijual di platformnya

Platform pembelian secara dalam talian Shopee pada Jumaat (5 Mac) menafikan pihaknya menawarkan vaksin COVID-19 Pfizer untuk dijual, sebagaimana yang dipaparkan menerusi satu gambar yang tular di Twitter dan WhatsApp sejak beberapa hari lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Shopee nafi vaksin COVID-19 Pfizer dijual di platformnya

Bebuli vaksin COVID-19. (Gambar: AP/Bruna Prado)

Diterbitkan : 06 Mar 2021 08:11AM Dikemas Kini : 06 Mar 2021 08:12AM

KUALA LUMPUR: Platform pembelian secara dalam talian Shopee pada Jumaat (5 Mac) menafikan pihaknya menawarkan vaksin COVID-19 Pfizer untuk dijual, sebagaimana yang dipaparkan menerusi satu gambar yang tular di Twitter dan WhatsApp sejak beberapa hari lalu.

Shopee dalam kenyataannya mengesahkan bahawa pihaknya tidak dapat mengesan sebarang senarai jualan barang berkenaan di platform mereka.

"Penulis catatan Twitter itu mengesahkan bahawa imej dalam foto berkenaan sebenarnya telah diubah suai dan ia sememangnya palsu. Imunisasi COVID-19 adalah perkara yang berkaitan kesihatan negara, ia tidak seharusnya dianggap perkara remeh,” menurut kenyataan itu.

Pada Khamis (4 Mac), Kementerian Kesihatan (KKM) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengesahkan bahawa berita mengenai penjualan vaksin itu adalah palsu.

Shopee turut mengingatkan pihak yang menyebar maklumat palsu mengenai vaksin itu bahawa perkara berkenaan sedang dipantau oleh polis dan MCMC.

“Dua hari lepas, satu gambar palsu yang kononnya menunjukkan penjualan vaksin COVID-19 Pfizer di Shopee telah menjadi tular dan ia disertakan dengan maklumat kononnya vaksin itu dijual pada harga RM63.88 (S$21),” menurut kenyataan itu.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan