Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Shisha, karaoke diharamkan di Kelantan

Kerajaan negeri Kelantan mengharamkan shisha dan tempat-tempat karaoke sebagai sebahagian daripada usaha untuk membendung masalah sosial dalam kalangan belia.

Anggaran Waktu Membaca:
Shisha, karaoke diharamkan di Kelantan

Seorang lelaki menghisap shisha di sebuah restoran, (Gambar fail: Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 17 Jan 2019 02:30PM Dikemas Kini : 17 Jan 2019 10:35PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Kelantan mengharamkan shisha dan tempat-tempat karaoke sebagai sebahagian daripada usaha untuk membendung masalah sosial dalam kalangan belia.

Akhbar Harakah, yang diterbitkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mentadbir Kelantan, melaporkan pada Isnin (14 Jan) bahawa pengharaman itu bertujuan menangani masalah sosial dalam kalangan remaja.

"Mereka lepak beramai-ramai, berseronok sambil menghisap sisha sehingga dua pagi di premis sebegini," kata penguasa perumahan dan kesihatan tempatan Izani Husin seperti ditukil Harakah.

"Apabila mereka pulang lewat, mereka akan terdedah kepada aktiviti kurang sihat," tambah beliau.

Tempat-tempat yang didapati melanggar undang-undang itu boleh didenda atau digantung lesen operasi.

Kelantan, sebuah negeri konservatif, ditadbir PAS sejak 1990.

Pada tahun yang sama, kerajaan negeri mengharamkan snuker, billiard dan karaoke atas alasan tempat-tempat ini menggalak maksiat dan perjudian.

Namun pada lewat 2005, premis-premis itu dibenarkan beroperasi di bawah syarat-syarat yang ketat.

Sebagai contoh, lesen operasi karaoke diberikan kepada premis yang menyediakan khidmat kepada keluarga. Tiada bilik khas dibenarkan di premis-premis sedemikian.

Buat masa ini, tiada pawagam di negeri itu, yang dipercayai akibat garis panduan yang ketat oleh pihak berkuasa. Ini termasuk tempat duduk berasingan bagi lelaki dan wanita, dan lampu terang semasa menayangkan filem.

PAS juga sedang membentangkan rang undang-undang di parlimen persekutuan untuk memperkukuhkan kuasa mahkamah Syariah.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan