Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Shenzhen bakal larang makan anjing, kucing ekoran wabak

Bandar Shenzhen akan melarang penduduk mereka memakan anjing dan kucing selepas China kini mengenakan larangan perdagangan haiwan liar yang didakwa menjadi sumber yang para saintis percaya menyebarkan virus korona Covid-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Shenzhen bakal larang makan anjing, kucing ekoran wabak

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 28 Feb 2020 04:15PM Dikemas Kini : 28 Feb 2020 04:23PM

SHENZHEN: Bandar Shenzhen akan melarang penduduk mereka memakan anjing dan kucing selepas China kini mengenakan larangan perdagangan haiwan liar yang didakwa menjadi sumber yang para saintis percaya menyebarkan virus korona Covid-19.

Peraturan yang dicadangkan itu menyenaraikan sembilan jenis daging yang dibenarkan termasuk daging babi, ayam, lembu, arnab serta ikan dan makanan laut.

"Larangan makan haiwan liar adalah amalan biasa di negara maju dan menjadi keperluan sejagat bagi tamadun moden," jelas notis tersebut.

Larangan mengambil daging anjing dan kucing di Shenzhen akan "amat dialu-alukan," kata Encik Peter Li, pakar dasar China bagi Humane Society International, sebuah kumpulan kebajikan haiwan.

"Walaupun urus niaga di Shenzhen di selatan China agak kecil berbanding tempat-tempat lain di wilayah itu, ia adalah bandar lebih besar berbanding Wuhan.

"Langkah ini adalah sangat penting dan akan memberi kesan domino dan akan disusuli bandar lain," tambahnya.

Notis itu turut menyatakan terdapat lebih 2,000 spesies haiwan liar yang dilindungi di China.

Isnin lalu, pemerintah pusat melaksanakan larangan serta-merta ke atas perdagangan dan pengambilan haiwan liar selepas langkah penggantungan dilaksanakan pada Januari lalu.  

Sumber : Reuters/EM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan