Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sheikh Nawaf angkat sumpah sebagai Amir baru Kuwait

Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah mengangkat sumpah di hadapan Majlis Nasional pada Rabu (30 Sep) sebagai Amir Kuwait ke-16, lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Sheikh Nawaf angkat sumpah sebagai Amir baru Kuwait

Sheikh Nawar (2 dari kanan) pada 30 Sep 2020 angkat sumpah sebagai Amir baru Kuwait (Gambar: Yasser Al-Zayyat/AFP)

Diterbitkan : 01 Oct 2020 07:49AM Dikemas Kini : 01 Oct 2020 07:55AM

BANDAR KUWAIT: Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah mengangkat sumpah di hadapan Majlis Nasional pada Rabu (30 Sep) sebagai Amir Kuwait ke-16, lapor agensi berita Xinhua.

Perlembagaan menjamin peralihan kepemimpinan yang lancar untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran, kata Sheikh Nawaf.

Beliau juga berikrar akan melaksanakan tanggungjawabnya sebaik mungkin serta mengulangi komitmen terhadap perlembagaan dan demokrasi.

Sheikh Nawaf ditabalkan sebagai Amir Kuwait yang baru berikutan kematian Syeikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, diumumkan kerajaan Kuwait pada Selasa petang selepas satu mesyuarat khas.

Sheikh Nawaf dilahirkan pada 25 Jun 1937, pernah berkhidmat sebagai menteri dalam negeri dari 1978 hingga 1988 dan kemudian dilantik sebagai menteri pertahanan.

Pada 16 Oktober 2003, dekri diraja dikeluarkan menamakan Sheikh Nawaf sebagai timbalan perdana menteri I dan menteri dalam negeri.

Pada 7 Februari 2006, beliau dinobatkan sebagai putera mahkota.

Allahyarham Emir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah meninggal dunia pada usia 91 pada Selasa.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan