Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sewa apartmen kecil di Tokyo ini S$1.20 sebulan

Ibu kota Jepun memang dikenali sebagai antara bandar raya paling mahal di dunia. Namun, muncul laporan baru-baru ini di media sosial, apartmen yang boleh disewa dengan hanya membayar 99 yen (S$1.20) sebulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Sewa apartmen kecil di Tokyo ini S$1.20 sebulan

Gambar: Ikea Japan

Diterbitkan : 02 Dec 2021 07:37PM Dikemas Kini : 02 Dec 2021 07:41PM

TOKYO: Ibu kota Jepun memang dikenali sebagai antara bandar raya paling mahal di dunia. Namun, muncul laporan baru-baru ini di media sosial, apartmen yang boleh disewa dengan hanya membayar 99 yen (S$1.20) sebulan.

Pastinya sukar untuk dipercayai!

Direka hias oleh Ikea, apartmen itu hanya seluas 10 meter persegi tetapi mempunyai dua tingkat dan siap dilengkapi perabot syarikat Sweden tersebut.

Tingkat pertama menempatkan tandas dan dapur, bahkan dengan ruang untuk mesin basuh. Di bahagian atas pula adalah kawasan tidur atau ruang tamu.

Apartmen itu adalah sebahagian daripada projek 'Tiny Homes', lapor Japan Today, di mana Ikea mempromosikan idea apartmen yang kecil, tidak semestinya penghuni tidak boleh hidup dengan selesa dan bahagia.

Walau bagaimanapun, apartmen-apartmen itu hanya boleh disewa untuk tempoh terhad iaitu sehingga 15 Januari 2023.

Ia juga hanya terletak di kawasan Shinjuku Tokyo tetapi lokasi tepatnya belum didedahkan lagi.

"Saya rasa apartmen kecil seperti ini akan menjadi lebih popular pada masa hadapan," tulis seorang netizen.

"Jika ini digunakan sebagai hotel atau seumpamanya, saya faham. Tapi, untuk tinggal di dalamnya? Tiada tempat simpan barang, jadi tidak masuk akal," tulis seorang lagi.

Mereka yang mahu mencuba tinggal di apartmen kecil Ikea itu boleh membuat permohonan menerusi laman Ikea, lapor Japan Today.

Namun mereka harus cepat kerana permohonan ditutup pada 3 Disember dan hanya anggota Ikea Family yang layak buat permohonan. Selamat mencuba! 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan