Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Setiausaha Negara AS Pompeo kunjungi Dr Mahathir

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Micheal R. Pompeo hari ini (3 Ogos) bertemu Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan serta merumuskan lawatan kerja dua harinya ke Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Setiausaha Negara AS Pompeo kunjungi Dr Mahathir

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Micheal R. Pompeo bersama Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya. (Gambar: US Embassy KL/Twitter )

Diterbitkan : 03 Aug 2018 10:47AM Dikemas Kini : 03 Aug 2018 10:51AM

PUTRAJAYA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat Micheal R. Pompeo hari ini (3 Ogos) bertemu Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan serta merumuskan lawatan kerja dua harinya ke Malaysia.

Pada pertemuan 30 minit itu, Encik Pompeo turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas kejayaan besar Dr Mahathir memenangi pilihan raya umum (PRU) Mei lepas.

Encik Pompeo yang tiba pada 9.00 pagi ini ditemani Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Kamala Shirin Lakhdhir.

Turut hadir Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya.

Encik Pompeo adalah pegawai paling kanan Amerika Syarikat yang melawat Dr Mahathir sejak kemenangan PRU yang dipimpin beliau.

Rombongan Encik Pompeo tiba di Malaysia pada Khamis (2 Ogos) untuk memulakan lawatan lima harinya ke tiga negara Asia Tenggara.

Beliau terus berangkat ke Singapura selepas pertemuannya bersama Dr Mahathir bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Luar Asean.

“Kunjungan ini akan memberi peluang kepada kedua-dua Malaysia dan Amerika Syarikat untuk membincangkan isu kepentingan hubungan dua hala, serantau dan antarabangsa dengan lebih luas,” menurut kenyataan Wisma Putra.

Amerika Syarikat menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia pada 1957 selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dari United Kingdom.

Washington DC dan Kuala Lumpur kemudian meningkatkan taraf hubungan dua hala kepada Perkongsian Komprehensif pada April 2014.

Sumber : Bernama/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan