Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Setiausaha Agung PBB kutuk serangan udara ke atas Yaman

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres mengutuk serangan udara oleh perikatan tentera yang diketuai Arab Saudi di Yaman pada Khamis (9 Ogos) yang membunuh puluhan orang, kebanyakannya kanak-kanak.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Aug 2018 08:13PM Dikemas Kini : 11 Aug 2018 12:23AM

PBB: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres mengutuk serangan udara oleh perikatan tentera yang diketuai Arab Saudi di Yaman pada Khamis (9 Ogos) yang membunuh puluhan orang, kebanyakannya kanak-kanak.

Encik Guterres juga menyeru supaya siasatan bebas dilakukan segera berhubung serangan di wilayah Saada itu, kubu kuat pihak pemberontak Houthi.

Pihak pemberontak mendakwa 39 orang terbunuh dan 51 lagi cedera dalam serangan tersebut.

Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa pula menyatakan 29 kanak-kanak dalam kalangan mereka terbunuh, manakala 30 lagi kanak-kanak cedera.

Menurut Palang Merah serangan udara perikatan tentera Arab itu terkena sebuah bas yang membawa kanak-kanak di sebuah pasar.

Kesemua kanak-kanak itu berusia bawah 15 tahun.

Bagaimanapun perikatan tentera Arab berkata serangannya di Saada disasarkan ke arah pelancar-pelancar peluru berpandu yang digunakan Houthi menyerang bandar perindustrian Jizan, di bahagian selatan Saudi.

Perikatan itu juga menuduh Houthi menjadikan kanak-kanak sebagai perisai manusianya 

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan