Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres ikrar lindungi tempat ibadat merata dunia

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Jumaat (22 Mac) berikrar akan mengambil tindakan untuk melindungi tempat-tempat ibadat di merata dunia, semasa satu lawatan ke sebuah pusat Islam di New York.

Anggaran Waktu Membaca:
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres ikrar lindungi tempat ibadat merata dunia

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Jumaat (22 Mac) berikrar akan mengambil tindakan untuk melindungi tempat-tempat ibadat di merata dunia. (Gambar: Timothy A. Clary/AFP)

Diterbitkan : 23 Mar 2019 09:20AM Dikemas Kini : 23 Mar 2019 09:28AM

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Jumaat (22 Mac) berikrar akan mengambil tindakan untuk melindungi tempat-tempat ibadat di merata dunia, semasa satu lawatan ke sebuah pusat Islam di New York. Beliau melakukan lawatan tersebut seminggu setelah berlakunya insiden tembakan di dua buah masjid di New Zealand.

"Masjid-masjid dan semua tempat ibadat sepatutnya kawasan bagi orang-orang mendapatkan perlindungan, bukan tapak pengganasan," menurut Encik Guterres. "Para jemaah mesti berasa selamat untuk beribadah."

Encik Guterres turut bertemu dengan para jemaah di masjid Pusat Budaya Islam di Manhattan sebelum para jemaah menunaikan solat Jumaat. Beliau juga melahirkan "sokongan dan perpaduan masyarakat Islam dari New York kepada New Zealand dan masyarakat Islam lain di merata dunia."

Setiausaha Agung PBB itu mengumumkan kepada para wartawan bahawa beliau sudah menugaskan diplomat Sepanyol Encik Miguel Moratinos dengan tanggungjawab untuk melakar pelan tindakan untuk PBB bagi menyokong usaha melindungi tempat-tempat ibadat.

Encik Moratinos menerajui Perikatan Tamadun PBB, iaitu sebuah kumpulan yang dipimpin oleh Sepanyol dan Turki yang bermatlamat untuk memupuk persefahaman silang budaya dan masyarakat yang lebih baik.

Kumpulan itu akan bekerjasama dengan pemerintah, pemimpin agama dan pertubuhan untuk meneroka pelbagai tindakan yang boleh diambil untuk mencegah serangan-serangan seperti insiden tembakan di Christchurch yang meragut nyawa 50 jemaah.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan