Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sesiapa sahaja orang Melayu dan Bumiputera boleh menyertai UMNO: Ismail Sabri

UMNO terbuka kepada orang Melayu dan Bumiputera yang ingin menyertainya, kata Naib Presiden UMNO Ismail Sabri Yaakob.

Anggaran Waktu Membaca:
Sesiapa sahaja orang Melayu dan Bumiputera boleh menyertai UMNO: Ismail Sabri

Gambar fail Ismail Sabri. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 11 Jul 2020 01:22AM Dikemas Kini : 11 Jul 2020 01:29AM

KOTA KINABALU: UMNO terbuka kepada orang Melayu dan Bumiputera yang ingin menyertainya, kata Naib Presiden UMNO Ismail Sabri Yaakob.

“Bagi kita (UMNO), sesiapa sahaja orang Melayu dan Bumiputera boleh (memohon untuk) menyertai parti,” katanya pada sidang media di Kota Kinabalu pada Jumaat malam (10 Jul).

Beliau berkata bagi bekas ahli parti yang ingin menyertai semula UMNO perlu melalui prosedur biasa dan terpulang kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk membuat keputusan berhubung permohonan mereka.

“Saya rasa ramai pemimpin UMNO buat kenyataan bahawa kita parti terbuka. Ramai yang dah keluar (UMNO) pun masuk balik, tapi apa pun perlu diputuskan oleh Majlis Tertinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan oleh beberapa pemimpin UMNO agar Perdana Menteri Muhyiddin Yasin kembali menyertai UMNO.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan