Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sertai perarakan LGBT langgar norma undang-undang, budaya: JAWI

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail berkata, tindakan sesetengah orang Islam yang menyertai perarakan haram hak LGBT baru-baru ini di ibu negara adalah bertentangan dengan norma undang-undang, ajaran agama dan budaya masyarakat Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Sertai perarakan LGBT langgar norma undang-undang, budaya: JAWI

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 12 Mar 2019 06:00PM Dikemas Kini : 12 Mar 2019 06:03PM

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail berkata, tindakan sesetengah orang Islam yang menyertai perarakan haram hak Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) baru-baru ini di ibu negara adalah bertentangan dengan norma undang-undang, ajaran agama dan budaya masyarakat Malaysia.

Beliau berkata, meskipun kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan kepada setiap rakyat akan kebebasan bersuara tetapi ia tidak bermakna sesiapa terutama orang Islam boleh berbuat apa sahaja untuk melanggar undang-undang dan ajaran agama.

“JAWI mengutuk tindakan beberapa lelaki dan wanita Islam yang menyertai perarakan LGBT itu baru-baru ini, yang mana sesetengah hak yang mereka tuntut semasa perarakan itu bukanlah hak yang sepatutnya mereka perjuangkan (contohnya, bebaskan buah dada saya dan kerja seks adalah satu pekerjaan).

"Memang benar kebebasan berhimpun dan berucap dijamin dalam perlembagaan dan kerajaan sendiri tetapi itu tidak bermakna kita bebas untuk menuntut sesuatu yang jelas bertentangan dengan norma undang-undang, ajaran agama dan budaya kita,” kata Encik Mohd Ajib.

Beliau diminta mengulas mengenai perhimpunan haram LGBT sempena Hari Wanita pada Sabtu (9 Mac), yang mana Bernama melaporkan bahawa Timbalan Ketua Polis Negara Noor Rashid Ibrahim, berkata polis akan memanggil penganjur perarakan itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana menganjurkan perhimpunan tanpa permit.

PENDEKATAN, INISIATIF JAWI

Encik Mohd Ajib menambah, JAWI komited untuk melaksanakan pelbagai program dakwah yang dibimbing oleh Mufti Wilayah Persekutuan untuk mendidik mengenai isu LGBT kepada orang ramai termasuk satu program khas yang dibentuk untuk membantu kumpulan LGBT itu sendiri.

“Tahun ini, JAWI mengambil inisiatif untuk memberi kesedaran mengenai isu LGBT menerusi Kempen Penguatkuasaan dan Kefahaman Undang-Undang Syariah, mengawasi di banyak tempat dan mengedarkan risalah Kesedaran Undang-Undang Syariah dan menyediakan khidmat nasihat dan penjelasan kepada orang ramai agar menjauhi kesalahan jenayah syariah.

"Terkini, JAWI akan melancarkan kempen Santuni Komuniti kali ketiga di Putrajaya, Khamis ini bagi meningkatkan usaha untuk membantu dan menasihat kumpulan LGBT,” katanya.

Beliau berkata, JAWI melaksanakan tiga peringkat pendekatan dan tindakan iaitu menerusi sesi huraian dan penjelasan, campur tangan dan penguatkuasaan jika sekiranya ada yang masih melanggar undang-undang.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan