Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serangan Yala: Polis perketat keselamatan sempadan Kelantan-Thailand

Polis tidak menolak kemungkinan suspek yang terbabit dalam serangan di wilayah Yala di bahagian selatan Thailand, yang mengorbankan 15 nyawa pada Selasa (5 Nov), bolos ke Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan Yala: Polis perketat keselamatan sempadan Kelantan-Thailand

Ketua Polis Kelantan, Hasanuddin Hassan. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 08 Nov 2019 09:14AM Dikemas Kini : 08 Nov 2019 09:19AM

TUMPAT: Polis tidak menolak kemungkinan suspek yang terbabit dalam serangan di wilayah Yala di bahagian selatan Thailand, yang mengorbankan 15 nyawa pada Selasa (5 Nov), bolos ke Malaysia.

Ketua Polis Kelantan, Hasanuddin Hassan, berkata polis akan meningkatkan tahap kawalan di sempadan negara Malaysia-Thailand termasuk meminta semua ketua polis daerah bersempadan supaya mengambil langkah proaktif.

Jelasnya, meskipun kejadian berkenaan tidak melibatkan rakyat negara itu, polis memandang serius perkara tersebut.

"Kita akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat kawalan di sempadan negara serta mempertingkatkan kawalan sempadan.

"Dalam isu ini, polis Kelantan juga perlu merujuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut termasuk kerjasama berkaitan insiden itu," katanya kepada para wartawan pada Khamis (7 Nov).

Mengulas lanjut, Encik Hasanuddin berkata polis turut menasihatkan orang ramai supaya mengelak berkunjung ke Thailand buat masa ini atas faktor keselamatan.

Dalam kejadian di Wilayah Yala pada Selasa (6 Nov), 15 anggota sukarelawan maut, termasuk dua wanita, manakala empat lagi cedera selepas puak pemisah disyaki menyerang pos kawalan keselamatan di bahagian selatan Thailand. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan