Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serangan udara Afghanistan bunuh 55 militan dalam 24 jam

Kira-kira 55 militan terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Afghanistan dalam tempoh 24 jam, menurut pegawai pada Selasa (18 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan udara Afghanistan bunuh 55 militan dalam 24 jam

Gambar fail pasukan keselamatan Afghanistan pada Okt 2018 (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 19 Dec 2018 12:44AM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 12:46AM

KABUL: Kira-kira 55 militan terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Afghanistan dalam tempoh 24 jam, menurut pegawai pada Selasa (18 Dis).

Pasukan udara menyasarkan lokasi persembunyian Taliban di daerah Aryub Zazai di wilayah timur Paktia, mengorbankan sekurang-kurangnya 13 pemberontak, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan tentera.

Serangan dron juga memusnahkan kenderaan Taliban selain kubu pertahanan mereka.

Turut menjadi sasaran tempat persembunyian di daerah Dawlat Abad di wilayah utara Faryab membunuh enam militan, termasuk Mullah Rasoul, hakim yang bakal dilantik Taliban untuk wilayah itu.

Turut disasarkan kawasan persembunyian Taliban di daerah Miwand di wilayah selatan Kandahar, yang membunuh sehingga 36 pemberontak, kata jurucakap tentera di wilayah selatan, Mohammad Sadiq Eisa, Selasa.

Pemerintah Afghanistan meningkatkan serangan udara baru-baru ini dan terbukti berhasil menewaskan kumpulan militan. 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan