Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serangan siber lengahkan proses pencetakan akhbar AS

Satu serangan siber ke atas akhbar-akhbar harian Amerika Syarikat sudah menyebabkan proses pencetakan akhbar mengalami kelengahan, pagi semalam (29 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan siber lengahkan proses pencetakan akhbar AS

(Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 30 Dec 2018 04:50PM Dikemas Kini : 30 Dec 2018 04:52PM

LOS ANGELES: Satu serangan siber ke atas akhbar-akhbar harian Amerika Syarikat sudah menyebabkan proses pencetakan akhbar mengalami kelengahan, pagi semalam.

Menurut akhbar LA Times, serangan tersebut dipercayai berasal dari luar Amerika.

Turut terjejas akhbar Chicago Tribune, edisi pantai barat Wall Street Journal dan New York Times.

Ini dipercayai kerana akhbar-akhbar tersebut berkongsi wadah pencetakan sama yang diserang virus.

Syarikat Tribune Publishing, yang menghasilkan akhbar-akhbar New York Daily News dan Orlando Sentinel, mula-mula mengesan malware terjejas pada Jumaat lalu.

Mujur tiada maklumat pengguna atau butiran kad kredit yang bocor.

Bagi para pelanggan San Diego Union-Tribune, mereka tiada surat khabar semalam kerana virus yang menyerang sistem perniagaan syarikat dan menghalang percetakan akhbar dijalankan.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika sedang memantau keadaan.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan