Images
  • fraser
    Petikan gambar Senator Fraser Anning dilempar telur oleh remaja. 

Serangan pengganas Christchurch: Senator 'diserang' telur buat kenyataan berbaur perkauman

MELBOURNE: Seorang senator Australia berhaluan kanan terpaksa ditahan pegawai keselamatan pada Sabtu (16 Mac) selepas menumbuk seorang remaja yang membantah kenyataan menyinggung perasaan berhubung serangan maut di masjid Christchurch.

Senator Fraser Anning telah mengeluarkan kenyataan bahawa serangan di dua masjid di Christchurch yang meragut 49 nyawa berpunca daripada kemasukan orang Islam ke New Zealand.

Kenyataannya itu menerima kecaman masyarakat dunia dan Perdana Menteri Australia Scott Morrison yang menganggapnya 'menjijikkan' dan tidak ada tempat di Australia.

Ketika menghadiri satu acara di Melbourne, Senator Anning yang mewakili Queensland 'diserang' dengan telur oleh seorang remaja.

Dalam video yang tular di media sosial, Anning dilihat bertindak dengan menumbuk remaja tersebut berulangkali di mukanya sebelum dileraikan oleh seorang pengawal keselamatan.


Polis menangkap remaja berusia 17 tahun itu kerana melempar telur ke arah Senator Anning tetapi beliau sudah dibebaskan sementara menantikan siasatan lanjut.   

- AFP/Reuters/SU/na

Top