Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serangan Melbourne: Bekas pelarian Afghanistan didakwa 18 tuduhan membunuh

Lelaki yang dituduh sengaja merempuh keretanya ke arah orang ramai di sebuah jalan yang sesak di bandar Melbourne Khamis lalu (21 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan Melbourne: Bekas pelarian Afghanistan didakwa 18 tuduhan membunuh

Saksi menyatakan bahawa sebuah kereta SUV putih "menyondol" pejalan-pejalan kaki selepas lampu merah di Flinders Street. (Gambar: MAL FAIRCLOUGH/AFP)

Diterbitkan : 23 Dec 2017 09:11PM Dikemas Kini : 23 Dec 2017 09:14PM

MELBOURNE: Lelaki yang dituduh sengaja merempuh keretanya ke arah orang ramai di sebuah jalan yang sesak di bandar Melbourne Khamis lalu (21 Dis).
didakwa atas 18 tuduhan membunuh hari ini (23 Dis).

Insiden berkenaan merupakan serangan kenderaan kedua paling serius yang berlaku di bandar kedua terbesar Australia itu tahun ini.

Menurut polis, bekas pelarian dari Afghanistan, Saeed Noori, 32 tahun dipercayai mengalami masalah kesihatan mental dan pernah mengambil dadah.

Namun, ia menegaskan bahawa kejadian rempuhan itu tiada kaitan dengan pengganasan.

Ekoran kejadian itu, 12 orang masih dirawat di hospital termasuk tiga mangsa yang kini dalam keadaan kritikal, menurut Ketua Wilayah Victoria Daniel Andrews.

Menurut beliau lagi, kawalan polis akan diperketatkan lagi di acara-acara Melbourne termasuk perlawanan kriket dan acara besar-besaran yang lain. 

Sumber : Reuters/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan