Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serangan masjid Christchurch: Polis New Zealand tahan empat orang

 Polis New Zealand menahan empat orang susulan kes tembakan rambang di dua masjid yang penuh sesak menjelang solat Jumaat di bandar Christchurch, New Zealand hari ini (15 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan masjid Christchurch: Polis New Zealand tahan empat orang

Gambar: AP

Diterbitkan : 15 Mar 2019 03:13PM Dikemas Kini : 15 Mar 2019 03:16PM

CHRISTCHURCH: Polis New Zealand menahan empat orang susulan kes tembakan rambang di dua masjid yang penuh sesak menjelang solat Jumaat di bandar Christchurch, New Zealand hari ini (15 Mac).

Masjid-masjid itu terletak di Deans Avenue dan Linford Avenue.

Pesuruhjaya Polis New Zealand, Mike Bush, pada sidang media berkata, empat yang ditahan termasuk seorang wanita.

Sejumlah bahan letupan buatan sendiri juga dirampas.

“Bahan-bahan letupan buatan sendiri (IED) dilekatkan pada kenderaan tetapi pihak kami berjaya mengeluarkannya,” katanya.

Beliau juga mengesahkan beberapa orang maut manakala beberapa lagi cedera dalam kejadian itu.

“Buat masa ini kita tidak boleh membuat andaian. Media New Zealand sudah melaporkan bahawa antara sembilan hingga 27 orang terkorban,” kata Encik Bush.

Tambah beliau, tidak mustahil untuk menganggarkan bahawa serangan itu adalah yang terpencil di Christchurch.

Masjid al Noor di Deans Avenue dibanjiri jemaah termasuk anggota pasukan kriket Bangladesh yang berada di negara itu bagi satu perlawanan, esok.

Namun mereka semua terselamat daripada serangan bersenjata itu kerana sedang dalam perjalanan menuju ke masjid semasa insiden itu berlaku.

Seorang saksi memberitahu stuff.co.nz beliau sedang solat apabila terdengar bunyi tembakan.

Beliau menemui mayat isterinya terlantar berlumuran darah di lorong pejalan kaki di luar masjid apabila berjaya lari keluar dari masjid.

Seorang lagi jemaah berkata beliau nampak kanak-kanak ditembak.

"Saya lihat mayat di sana sini", kata beliau. 

Sumber : CNA/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan