Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serangan Mahathir terhadap Najib bersifat peribadi - Hadi

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kritikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini lebih bermotifkan peribadi dan bukannya demi kepentingan negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 May 2018 05:32PM Dikemas Kini : 06 May 2018 10:52PM

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kritikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini lebih bermotifkan peribadi dan bukannya demi kepentingan negara.

Beliau berkata kritikan Dr Mahathir juga semata-mata ingin melihat Perdana Menteri Najib tidak lagi menyandang jawatannya dan bukannya berhasrat mengubah sistem pemerintahan sedia ada kepada yang lebih baik.

“Masalah kita bukan masalah orang tetapi masalah nak ubah kepada pemerintahan Islam yang lebih baik,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam satu acara semalam (5 Mei).

Dalam pada itu, Datuk Abdul Hadi juga menjelaskan mengapa PAS tidak boleh bekerjasama dengan Dr Mahathir walaupun beliau sekarang dengan pembangkang.

"Langkah dia semata-mata hendak menjatuhkan peribadi Perdana Menteri bukan hendak mengubah sistem ataupun pemerintah," kata Datuk Abdul Hadi.

"Masalah kita bukan masalah orang. Oleh kerana dia sudah menjatuhkan orang, kita tidak boleh bersetuju."

Beliau menekankan, PAS tidak boleh menyertai Pakatan Pembangkang kerana ia tidak mahu di pihak yang sama dengan DAP yang dianggapnya sebagai anti-Islam.

Menurutnya, PAS mahu menubuhkan sebuah kerajaan yang berlandaskan prinsip Islam, sambil mendakwa Kerajaan BN sekarang mentadbir negara sebagai satu perniagaan.

"Bila kerajaan berniaga juga, maka berlakulah kepentingan diri, keluarga, anak-beranak dan lain-lain. Rakyat nak berniaga pun susah," katanya.

Awal dari itu, beliau dilaporkan menimbulkan kemungkinan PAS bekerjasama dengan BN untuk membentuk kerajaan campuran selepas PRU14.

Ini seandainya PAS menang sekurang-kurangnya 60 kerusi dalam pilihan raya itu nanti. 

Sumber : Bernama/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan