Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serangan Mahathir terhadap bekas penolong gabenor BNM 'tidak kena pada tempat'

Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan serangan yang ‘tidak kena pada tempatnya’ apabila beliau menempelak bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Murad Khalid.

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan Mahathir terhadap bekas penolong gabenor BNM 'tidak kena pada tempat'

Mantan perdana menteri Malaysia Mahathir Mohamad. (Gambar: REUTERS/Samsul Said/Files)

Diterbitkan : 21 Dec 2017 11:06AM Dikemas Kini : 21 Dec 2017 11:17AM

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan serangan yang ‘tidak kena pada tempatnya’ apabila beliau menempelak bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Murad Khalid berhubung kerugian urus niaga forex Bank Negara berjumlah RM31.5 billion (S$10.4 bilion), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Sebaliknya, kata beliau, bekas perdana menteri itu sepatutnya marah dengan (penasihat DAP) Lim Kit Siang.

“Murad hanya memberi keterangan dalam pendengaran RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) berhubung kerugian sebenar forex, yang mendedahkan bahawa jumlahnya adalah RM31.5 bilion (S$10.4 bilion) dan bukannya RM5.7 bilion (S$1.88 bilion).

"Bagaimanapun, Kit Siang sendiri yang selama 20 tahun mendesak supaya ditubuhkan RCI bagi menyiasat kerugian urus niaga forex Bank Negara,” menurut beliau menerusi catatan terkini dalam blog sskeruak.blogspot.my hari ini.

Semalam, Dr Mahathir meletakkan kesalahan berikutan kerugian itu ke atas Murad, dengan mendakwa bekas penolong gabenor BNM itu tahu tentang kerugian terbabit, namun memilih untuk berdiam diri dan hanya mendedahkan perkara yang diketahuinya itu baru-baru ini (21 Dis).

Dr Salleh menyimpulkan bahawa Dr Mahathir kini memerlukan Encik Kit Siang sebagai sekutu politiknya, manakala Encik Kit Siang pula memerlukan Dr Mahathir untuk meraih undi Melayu, kedua-duanya membuat pusingan-U berhubung skandal forex.

“Tahap kepura-puraan yang ditunjukkan oleh Dr Mahathir dan Encik Kit Siang menunjukkan bahawa mereka meletakkan kepentingan politik lebih tinggi daripada mencari kebenaran.

“Bukankah Kit Siang yang menuntut kebenaran dan Dr Mahathir yang menyatakan beliau hanya mencari kebenaran?” tanya beliau.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan