Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serangan kereta Melbourne: Pemandu tidak terkait dengan pengganas menurut polis

Polis mengesahkan kejadian rempuhan kereta di tengah-tengah Melbourne adalah satu perbuatan yang disengajakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Dec 2017 08:53PM Dikemas Kini : 21 Dec 2017 10:20PM

MELBOURNE: Polis mengesahkan kejadian rempuhan kereta di tengah-tengah Melbourne adalah satu perbuatan yang disengajakan.

Namun, tiada bukti menunjukkan bahawa ia berkaitan dengan pengganasan.

Seramai 19 orang mengalami kecederaan selepas sebuah kereta SUV putih melanggar para pejalan kaki di persimpangan kawasan pusat bandar negara itu yang sibuk pada sekitar 4.45 petang waktu tempatan.

Pemandu kenderaan itu, seorang rakyat Australia yang berketurunan Afghanistan, 32 tahun, ditangkap oleh polis.

Menurut polis, dia mempunyai sejarah salah guna dadah dan isu sakit mental.

Seorang lagi lelaki yang berusia 24 tahun turut diberkas semasa merakamkan insiden tersebut. Meskipun ditemui dengan bag berisi pisau, polis menyatakan bahawa dia tidak terlibat dalam insiden itu dan sedang membantu pihaknya dalam siasatan.

Saksi-saksi mengatakan bahawa kereta SUV putih itu "menyondol" pejalan-pejalan kaki selepas lampu merah di Flinders Street.

Polis meminta para saksi supaya menghantar video kejadian bagi membantu dalam siasatan.

Kejadian rempuhan itu berlaku hampir setahun selepas enam orang terbunuh apabila sebuah kereta melanggar pejalan kaki di sepanjang Bourke Street Mall, hanya beberapa kilometer daripada lokasi kejadian siang tadi.

Polis meminta orang ramai supaya mengelakkan kawasan tersebut. Ia turut menambah bahawa langkah-langkah keselamatan diperketat di Melbourne dan bandar-bandar lain.  

Sumber : Agensi berita/CNA/NU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan