Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serangan gereja Pakistan: 9 maut, ISIS mengaku bertanggungjawab

Polis Pakistan mendedahkan rakaman video keselamatan yang menunjukkan dua penyerang nekad memasuki gereja sebelum kejadian serangan bom nekad di gereja berkenaan yang terletak di Quetta, Pakistan semalam (17 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Dec 2017 08:23PM Dikemas Kini : 18 Dec 2017 09:42PM

QUETTA: Polis Pakistan mendedahkan rakaman video keselamatan yang menunjukkan dua penyerang nekad memasuki gereja sebelum kejadian serangan bom nekad di gereja berkenaan yang terletak di Quetta, Pakistan semalam (17 Dis).

Rakaman CCTV ini menunjukkan salah seorang lelaki memanjat pagar gereja dan membukanya untuk membolehkan lelaki kedua masuk.

Kamera kedua merakamkan lelaki bersenjata itu bergerak lalu tanpa disedari sekumpulan lelaki di tempat meletak kereta kawasan gereja.

Sekurang-kurangnya sembilan orang mati dan 56 yang lain cedera dalam serangan tersebut.

Serangan dilancarkan sejurus selepas upacara sembahyang hari Ahad bermula, dihadiri kira-kira 400 orang penganut Kristian.

Kumpulan ISIS mengaku bertanggungjawab atas serangan bom nekad ini. Pihak berkuasa Pakistan masih memburu dua lagi lelaki bersenjata.

Selain ancaman daripada pihak pelampau,
Baluchistan yang menempatkan bandar Quetta, sekian lama menghadapi masalah pemberontakan pihak pemisah.

Mereka menuntut pembahagian lebih banyak hasil daripada sumber gas dan galian daripada pemerintah pusat.  

Sumber : Reuters/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan