Images
  • NZ
    Para pegawai polis New Zealand. (Gambar: Flynn Foley/AFP) 

Serangan Christchurch: Lelaki lewat 20-an didakwa atas tuduhan membunuh

CHRISTCHURCH: Polis New Zealand mendakwa seorang lelaki kerana membunuh berikutan serangan pengganas di dua masjid di Christchurch yang membunuh sekurang-kurangnya 49 orang.

"Seorang lelaki berusia lewat 20-an, didakwa kerana membunuh dan akan dihadapkan di mahkamah Christchurch pagi esok (Sabtu)," kata Pesuruhjaya polis New Zealand, Mike Bush.

Menurut polis, 41 orang yang maut berada dalam Masjid al Noor di tengah Christchurch manakala tujuh dalam serangan kedua di masjid di Linwood Ave, tiga daripadanya di luar bangunan tersebut.

Jarak kedua-dua masjid hanya lima kilometer antara satu sama lain. Masih tidak jelas jika penembak yang sama terlibat dalam insiden tembakan di kedua-dua tapak.

Dalam apa yang disifatkan sebagai serangan paling buruk ke atas penduduk Muslim di negara barat, saksi-saksi menceritakan mangsa ditembak pada jarak dekat dengan kanak-kanak dan wanita antara yang terbunuh.

Video dan dokumen yang tular online, tetapi tidak disahkan secara rasmi, membayangkan penembak itu menyiarkan secara langsung serangan tersebut di laman Facebooknya. 

- CNA/SU/na

Top