Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serangan Christchurch: 2 warga M'sia cedera, 6 rakyat Indonesia berada dalam masjid ketika serangan

Dua warga Malaysia mengalami kecederaan dalam serangan tembakan di dua masjid di Christchurch pada Jumaat (15 Mac), menurut kementerian luar Malaysia. 

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan Christchurch: 2 warga M'sia cedera, 6 rakyat Indonesia berada dalam masjid ketika serangan

Para penduduk berkumpulan berdekatan masjid setelah serangan itu berlaku. (Gambar: Radio New Zealand/AFP)

Diterbitkan : 15 Mar 2019 10:02PM Dikemas Kini : 15 Mar 2019 10:05PM

CHRISTCHURCH: Dua warga Malaysia mengalami kecederaan dalam serangan tembakan di dua masjid di Christchurch pada Jumaat (15 Mac), menurut kementerian luar Malaysia.

Indonesia turut melaporkan enam rakyatnya berada di dalam masjid yang terjejas semasa serangan tembakan tersebut.

Seramai 49 orang terbunuh dan lebih 20 cedera apabila seorang lelaki melepaskan tembakan di dua masjid di bandar Christchurch semasa solat Jumaat.

Menurut Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan, tiada warga negara itu terkorban dan mangsa yang cedera sedang menerima rawatan.

"Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas tidak berperikemanusiaan terhadap orang awam dan berharap bahawa pihak yang bertanggungjawab atas jenayah zalim ini akan dibawa ke muka pengadilan," menurutnya.

Dalam satu catatan Facebook, Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad meluahkan rasa kesal terhadap insiden di Christchurch, dan berkata kerajaannya akan melakukan "segala cara yang mampu" untuk memastikan warga Malaysia berada dalam keadaan selamat.

Menteri Luar Indonesia Retno LP Marsudi berkata enam warga negara itu sedang solat di Masjid Al-Noor apabila serangan itu berlaku. Tiga daripada warga Indonesia itu disahkan berjaya melarikan diri bagaimanapun, para pegawai Indonesia masih mencari tiga individu yang lain, menurut Jakarta Post.

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern menyifatkan insiden itu sebagai serangan pengganas dan berkata ia adalah salah satu "hari paling gelap" negara tersebut.

Empat orang sudah ditahan dan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20an didakwa atas tuduhan membunuh.

Sumber : CNA/Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan