Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serangan bom Medan: Penyerangnya ialah seorang mahasiswa 24 tahun

Polis Indonesia sudah mengenal pasti orang yang disyaki penyerang nekad, dalam serangan bom di luar ibu pejabat polis di Medan, Sumatera Utara, pagi tadi (13 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan bom Medan: Penyerangnya ialah seorang mahasiswa 24 tahun

Polis Indonesia sudah mengenal pasti orang yang disyaki penyerang nekad. (Petikan gambar: Youtube/Kompas)

Diterbitkan : 13 Nov 2019 11:40PM Dikemas Kini : 13 Nov 2019 11:45PM

JAKARTA: Polis Indonesia sudah mengenal pasti orang yang disyaki penyerang nekad, dalam serangan bom di luar ibu pejabat polis di Medan, Sumatera Utara, pagi tadi (13 Nov).

Menurut jurucakap polis negara, penyerang tersebut yang maut di tempat kejadian dikenal pasti sebagai seorang mahasiswa 24 tahun, yang dilahirkan di Medan dan dikenali sebagai RMM.

Enam orang lain cedera dalam serangan tersebut, iaitu empat pegawai polis dan dua orang awam.

Letupan berlaku di sebuah tempat letak kereta di mana orang ramai sedang beratur untuk mendapatkan borang permohonan kerja. Orang ramai kelihatan bergegas keluar dari bangunan-bangunan di sekitar ibu pejabat polis itu apabila serangan berlaku.

Polis sedang menyiasat jenis bom yang digunakan.

Pihak berkuasa juga mahu memastikan sama ada penyerang bertindak sendirian atau merupakan anggota kumpulan militan Jamaah Ansharut Daulah.

Serangan dilancarkan sebulan selepas mantan menteri keselamatan Indonesia, Wiranto, ditikam. 

Sumber : Agensi berita/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan