Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serang penghantar makanan 'Grab': Seorang ditahan, seorang masih bebas

Polis menahan salah seorang daripada dua lelaki yang menyerang seorang penghantar makanan ‘Grab’ ketika cuba merompak motosikalnya di Phileo Damansara, pada Jumaat (9 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Serang penghantar makanan 'Grab': Seorang ditahan, seorang masih bebas

(Gambar hiasan: Mediacorp)

Diterbitkan : 11 Aug 2019 11:29PM Dikemas Kini : 11 Aug 2019 11:34PM

KUALA LUMPUR: Polis menahan salah seorang daripada dua lelaki yang menyerang seorang penghantar makanan ‘Grab’ ketika cuba merompak motosikalnya di Phileo Damansara, pada Jumaat (9 Ogos).

Ketua Polis Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata suspek ditahan pada pukul 4.45 pagi semalam (10 Ogos) dan sudah mengaku beliau dan seorang rakannya terlibat dalam jenayah tersebut.

“Polis Petaling Jaya berjaya menahan beliau di Taman Kepong semalam. Beliau kemudiannya memberikan polis maklumat di mana rakannya yang masih bebas itu berada,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

ACP Mohd Zani berkata, suspek dan rakannya itu berkenalan ketika mereka menjalani hukuman penjara di penjara Kajang pada 2010.

Suspek katanya mempunyai tiga rekod kes lampau melibatkan kes curi.

Semasa pemberkasan itu, polis turut merampas sebuah motosikal yang dipercayai digunakan sewaktu kejadian tersebut dan juga senjata iaitu sebatang besi pengunci motosikal yang digunakan untuk mencederakan mangsa.

Semalam, satu rakaman video tersebar melalui media social menunjukkan seorang penunggang Grab food ditahan dan diserang dua lelaki dalam satu kejadian mencuri motosikal yang gagal.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian telinga, kepala, belakang dan mulut.

Ketika kejadian, beberapa orang lalu lalang membantu mangsa dan sebuah telefon bimbit yang dipercayai dicicirkan oleh salah seorang suspek ditemui.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan