Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serahkan kepada polis untuk nilai video intim, kata Anwar

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim pada Isnin (17 Jun) mengulangi pendirian parti, iaitu untuk menyerahkan siasatan berhubung kes penyebaran video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Anggaran Waktu Membaca:
Serahkan kepada polis untuk nilai video intim, kata Anwar

Encik Anwar Ibrahim (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 18 Jun 2019 05:13PM Dikemas Kini : 18 Jun 2019 05:16PM

PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim pada Isnin (17 Jun) mengulangi pendirian parti, iaitu untuk menyerahkan siasatan berhubung kes penyebaran video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Encik Anwar berkata beliau tidak mahu membuat apa-apa spekulasi mengenai kes itu dan ia terpulang kepada kebijaksanaan PDRM untuk menyelesaikannya.

“Perkara ini telah saya umum, iaitu serah kepada PDRM. Saya tidak mahu buat apa-apa telahan tetapi yang sahnya kita akan dengar daripada PDRM,” ujar beliau kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Malaysia (Mimcoin) di Dewan Sivik, Petaling Jaya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan berita media Australia pada Isnin yang menyatakan tiada sebarang pengubahan digital mahupun manipulasi gambar pada video lucah tersebut.

Laporan itu turut menyatakan bahawa pakar luar negara yang menganalisa video berkenaan tidak dapat mengesahkan sama ada individu terlibat dalam video tersebut ialah menteri berkenaan.

Apabila ditanya mengenai keutuhan parti berhubung kejadian itu kerana terdapat dakwaan wujudnya perpecahan dalam kalangan parti, Encik Anwar menegaskan bahawa PKR masih berdiri teguh.

Sumber : Bernama/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan