Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Separuh bandar Jakarta kosong setelah 15 juta orang balik kampung untuk Lebaran!

Berjuta-juta rakyat Indonesia bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing sejak beberapa hari ini bagi menyambut 1 Syawal.

Anggaran Waktu Membaca:
Separuh bandar Jakarta kosong setelah 15 juta orang balik kampung untuk Lebaran!

Separuh bandar Jakarta kosong setelah 15 juta orang balik kampung. (Gambar: Sonny Tumbelaka/AFP)

Diterbitkan : 02 Jun 2019 11:07PM Dikemas Kini : 02 Jun 2019 11:12PM

JAKARTA: Berjuta-juta rakyat Indonesia bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing sejak beberapa hari ini bagi menyambut 1 Syawal.

Sekitar 15 juta orang dijangka meninggalkan bandar Jakarta, iaitu sekitar separuh dari jumlah penduduk bandar itu untuk pulang ke kampung-kampung mereka yang dikenali sebagai 'mudik'. Ini sekali gus menyebabkan jalan raya dalam Jakarta yang lazimnya penuh sesak, menjadi kosong.

Bagaimanapun penghijrahan itu menyebabkan jalan-jalan raya keluar Jakarta menjadi sesak, sedang orang ramai dan anggota keluarga mereka pulang menaiki kereta atau motosikal dalam perjalanan yang boleh mengambil masa sehingga 24 jam.

Dalam masa beberapa tahun lalu, ramai orang terkorban akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya di Indonesia semasa dalam perjalanan pulang ke kampung.

Lebuh raya di pulau jawa itu, yang didiami lebih 260 juta penduduk, penuh sesak dengan para pengguna jalan raya yang ingin menyambut Syawal dengan keluarga tersayang.

Malahan terdapat ramai pelancong di lapangan-lapangan terbang, stesen kereta api dan kawasan pelabuhan untuk tiba ke tempat destinasi masing-masing.

Bagaimanapun, tidak seperti beberapa tahun sebelum ini di mana para pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan jalan raya selama berjam-jam, kesesakan tahun ini tidak begitu dahsyat. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan