Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Seoul teruskan rundingan bagi penyertaan Pyongyang dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk

Menteri Ehwal Luar Korea Selatan Kang Kyung-wha mendedahkan Seoul akan meneruskan perbincangan peringkat tinggi dengan Pyongyang dengan minda yang terbuka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jan 2018 08:30PM Dikemas Kini : 18 Jan 2018 11:26PM

SEOUL: Menteri Ehwal Luar Korea Selatan Kang Kyung-wha mendedahkan Seoul akan meneruskan perbincangan peringkat tinggi dengan Pyongyang dengan minda yang terbuka.

Ini berlaku di tengah-tengah kebimbangan bahawa Korea Utara mahu menggunakan Olimpik Musim Sejuk Pyeongyang akan datang untuk melengah-lengahkan masa bagi Pyongyang meneruskan program senjata nuklearnya.

Kedua-dua negara Korea sebelum ini bersetuju untuk berarak di temasya sukan tersebut, di bawah satu bendera.

Persoalan itu mendapat reaksi bercampur-campur warga Korea Selatan dengan tinjauan menunjukkan hanya empat daripada 10 warganya menyokong langkah tersebut.

Jepun juga memberi amaran tentang tipu daya Korea Utara, manakala Australia juga melahirkan rasa sangsi.

Korea Utara masih menghadapi sekatan antarabangsa ekoran ujian peluru berpandu yang dilancarkannya.

Setiausaha Negara Amerika, Rex Tillerson menyatakan terdapat bukti sekatan-sekatan tersebut mula menjejas Korea Utara.

Namun Presiden Donald Trump menuduh Moscow membantu Pyongyang mengelakkan sekatan - sesuatu yang disifatkan Rusia sebagai "tidak berasas". 

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan