Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Seoul-Pyongyang mahu bincang rasmikan 'berakhirnya perang'

Pejabat Presiden Korea Selatan mengesahkan pihaknya akan membincangkan dengan Korea Utara kemungkinan mengisytiharkan secara rasmi berakhirnya perang antara dua negara Korea itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Apr 2018 08:35PM Dikemas Kini : 18 Apr 2018 11:45PM

AMERIKA SYARIKAT: Pejabat Presiden Korea Selatan mengesahkan pihaknya akan membincangkan dengan Korea Utara kemungkinan mengisytiharkan secara rasmi berakhirnya perang antara dua negara Korea itu.

Perkara tersebut akan ditimbulkan semasa sidang puncak antara Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un pada 27 hari bulan ini di kawasan sempadan Panmunjom.

Secara teknikal kedua-dua negara Korea masih dalam keadaan berperang.

Ini memandangkan Perang Korea tahun 1950 hingga 1953 dihentikan menerusi perjanjian gencatan senjata, bukan menerusi perjanjian damai.

Bagaimanapun Korea Selatan menentang perjanjian tersebut pada ketika itu, tidak menandatanganinya.

Perjanjian gencatan senjata itu hanya ditandatangani oleh panglima tentera Korea Utara, panglima pasukan tentera PBB yang diterajui Amerika Syarikat dan "pihak relawan rakyat China".

Lantaran itu Korea Utara sebelum ini menegaskan akan hanya merundingkan perjanjian damai berhubung Perang Korea itu dengan Amerika Syarikat.

Sumber : AFP/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan