Seoul, Pyongyang buka pejabat perhubungan bersama
Satu lagi usaha kedua-dua negara Korea untuk merapatkan lagi hubungan menjelang lawatan Presiden Moon Jae-in ke Pyongyang minggu depan.
KOREA UTARA: Satu lagi usaha kedua-dua negara Korea untuk merapatkan lagi hubungan menjelang lawatan Presiden Moon Jae-in ke Pyongyang minggu depan.
Korea Utara dan Korea Selatan sudah menubuhkan sebuah pejabat perhubungan bersama di bandar Kaesong di utara.
Pejabat 24 jam itu bertujuan meningkatkan perhubungan dan pertukaran antara kedua-dua negara.
Idea untuk menubuhkan pejabat itu dipersetujui oleh Presiden Moon Jae-In dan pemimpin Korea Utara, Kim Jon Un semasa sidang puncak mereka April lalu.
Agensi berita Yonhap melaporkan, timbalan menteri penyatuan kedua-dua pihak akan mengadakan lawatan setiap minggu, ke pejabat itu .
20 pegawai dari setiap pihak akan juga ditempatkan di pejabat itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.