Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Seorang terbunuh dalam rusuhan anti-Muslim Sri Lanka

Sekumpulan perusuh mengelar seorang lelaki Muslim Sri Lanka sehingga mati meskipun perintah berkurung dikenakan pada Isnin (13 Mei). 

Anggaran Waktu Membaca:
Seorang terbunuh dalam rusuhan anti-Muslim Sri Lanka

Kakitangan keselamatan Sri Lanka mengawasi pusat pemeriksaan di tepi jalan raya di Colombo. (Gambar: LAKRUWAN WANNIARACHCHI/AFP)

Diterbitkan : 14 May 2019 08:09AM Dikemas Kini : 14 May 2019 08:11AM

COLOMBO: Sekumpulan perusuh mengelar seorang lelaki Muslim Sri Lanka sehingga mati meskipun perintah berkurung dikenakan pada Isnin (13 Mei). Ini berlaku selepas rusuhan anti-Muslim merebak ke tiga daerah di utara ibu kota negara itu sebagai tindak balas terhadap pengeboman nekad hari Easter.

Mangsa berusia 45 tahun itu meninggal dunia sejurus selepas dia dimasukkan ke hospital di daerah Puttalam dalam rusuhan yang bermula pada Ahad lalu dekat kawasan tersebut, menurut pegawai polis.

"Para perusuh itu menyerang mangsa dengan senjata tajam di bengkel pertukangan kayunya. Ini adalah kematian pertama akibat rusuhan," kata pegawai itu.

Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe berkata perintah berkurung diisytiharkan untuk mengekang kumpulan-kumpulan yang tidak dikenal pasti daripada menimbulkan huru-hara di negara itu dengan merancang keganasan kaum.

"Polis dan pasukan keselamatan sudah mengawal keadaan tetapi kumpulan (tidak dikenal pasti) ini masih cuba untuk mencetuskan masalah," kata Encik Wickremesinghe dalam ucapannya yang disiarkan melalui televisyen ke seluruh negara.

Beliau berkata rusuhan itu akan menghalang siasatan ke atas serangan 21 April yang menyasarkan tiga gereja dan tiga hotel mewah, menyebabkan 258 orang terbunuh dan hampir 500 mangsa yang lain cedera.

Dalam satu lagi ucapan yang disiarkan di televisyen secara berasingan, Ketua Polis Chandana Wickramaratne memberi amaran, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap para perusuh dan para pegawai polis diarahkan untuk menggunakan kuasa sepenuhnya.

Penduduk di Wilayah Barat Laut diperintahkan untuk tidak keluar rumah selepas sebuah kumpulan perusuh Kristian membakar puluhan kedai milik orang Muslim, kenderaan dan masjid pada Ahad dan Isnin.

Ekoran itu, perintah berkurung diluaskan kepada seluruh negara seramai 21 juta penduduk itu. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan