Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Seorang rentung, dua melecur kuarters guru di Mulu terbakar

Seorang guru wanita rentung manakala dua lagi melecur apabila dua kuarters kediaman Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan, Mulu terbakar pagi ini (25 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Seorang rentung, dua melecur kuarters guru di Mulu terbakar

Gambar: BERNAMA

Diterbitkan : 25 Jul 2018 11:48AM Dikemas Kini : 25 Jul 2018 11:52AM

MIRI: Seorang guru wanita rentung manakala dua lagi melecur apabila dua kuarters kediaman Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan, Mulu terbakar pagi ini (25 Jul).

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata berdasarkan laporan awal, dua guru wanita yang melecur hanya dikenali sebagai Syuhadah dari SK Penghulu Baya Mallang dan Siti Masrina, (sekolah belum dapat dipastikan).

“Identiti mangsa yang rentung sedang dikenal pasti,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian pada 5.09 pagi yang dipercayai bermula di ruang tamu berhampiran dapur satu daripada kuarters tersebut, terdapat lapan penghuni sedang berada di kedua-dua kuarters berkenaan iaitu lima individu di kuarters pertama dan tiga lagi di kuarters kedua.

Katanya pasukan bomba daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di Lapangan Terbang Mulu tiba ke lokasi kejadian pada 5.40 pagi dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 6.34 pagi ini.

Bernama difahamkan, sebelum kejadian murid-murid Tahun Enam dari SK Batu Bungan, SK Long Panai dan SK Penghulu Baya Mallang mengadakan kem motivasi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) berhampiran lokasi kejadian.

Sumber : Bernama/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan