Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Seorang rentung, 2 patah kaki dalam kemalangan di Mersing

Seorang pemandu kereta jenis Perodua Alza rentung selepas kenderaannya terbakar dalam kemalangan di Jalan Nitar 1, Mersing pada petang tadi (5 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Seorang rentung, 2 patah kaki dalam kemalangan di Mersing

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 05 Jan 2019 10:09PM Dikemas Kini : 05 Jan 2019 10:12PM

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu kereta jenis Perodua Alza rentung selepas kenderaannya terbakar dalam kemalangan di Jalan Nitar 1, Mersing pada petang tadi (5 Jan).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mersing, Soleh Nasir, berkata kejadian itu dilaporkan kepada pihaknya pada pukul 4.38 petang tadi.

Selepas menerima aduan mengenai kemalangan itu, Encik Soleh berkata lapan anggota bersama sebuah jentera serta satu Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran dan menyelamatkan mangsa.

"Kemalangan berlaku ketika kenderaan mangsa (Perodua Alza) dalam perjalanan dari Kluang ke Mersing sebelum terbabas dan melanggar lori dari arah bertentangan.

"Akibat pelanggaran itu, kedua-dua kenderaan terbakar dan mangsa tersepit dalam kenderaannya," kata beliau.

Encik Soleh berkata mayat mangsa, yang masih belum diketahui identiti, sudah dikeluarkan dari kenderaan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Pemandu dan kelindan lori, kedua-duanya lelaki, masing-masing patah kaki dan dihantar ke Hospital Mersing untuk menerima rawatan, katanya.  

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan