Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Seorang pegawai khas SST di setiap negeri

Seorang pegawai khas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dilantik di setiap negeri di Malaysia untuk memberikan penjelasan mengenai cukai berkenaan kepada semua pihak berkepentingan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Anggaran Waktu Membaca:
Seorang pegawai khas SST di setiap negeri

Lim Guan Eng dan Saifuddin Nasution Ismail semasa Taklimat SST di Seremban. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 04 Sep 2018 01:35PM Dikemas Kini : 04 Sep 2018 01:40PM

SEREMBAN: Seorang pegawai khas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dilantik di setiap negeri di Malaysia untuk memberikan penjelasan mengenai cukai berkenaan kepada semua pihak berkepentingan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Menurut Encik Lim, pegawai itu akan dipilih selain daripada pengarah dan beliau mesti seseorang pakar dalam sistem percukaian ini.

"Kita tak nak lantik ramai sebab nanti akan ada tiga atau empat jawapan yang berbeza dan ini akan mengelirukan orang ramai," kata Encik Lim semasa berucap kepada lebih 500 hadirin di Taklimat SST bersama Menteri Kewangan pada malam Isnin (3 Sep).

Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.

Selain itu, Encik Lim juga berkata, pegawai khas yang dilantik itu perlu menjawab segala aduan yang dikemukakan.

"Jika orang ramai ingin mendapatkan hitam putih (maklum balas bertulis), pengarah (Jabatan Kastam Diraja Malaysia) di setiap negeri akan memberi jawapan dalam tempoh seminggu," kata beliau.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan