Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Seorang maut, tentera bersekutu bertempur dengan pasukan pro pemerintah Syria

Pasukan tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat (AS) di timur laut Syria membalas serangan dengan pasukan bersenjata yang taat kepada Presiden Bashar al-Assad selepas diserang dekat bandar Qamishli.

Anggaran Waktu Membaca:
Seorang maut, tentera bersekutu bertempur dengan pasukan pro pemerintah Syria

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Feb 2020 11:04PM Dikemas Kini : 12 Feb 2020 11:05PM

BEIRUT: Pasukan tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat (AS) di timur laut Syria membalas serangan dengan pasukan bersenjata yang taat kepada Presiden Bashar al-Assad selepas diserang dekat bandar Qamishli.

Media Syria melaporkan pada Rabu (12 Feb) seorang penduduk awam terbunuh dan seorang lagi cedera apabila tentera Amerika melepaskan tembakan ke arah penduduk tempatan yang cuba menghalang konvoi Amerika daripada menghampiri pusat pemeriksaan di kampung Khirbet Amo, timur laut Syria.

Laporan itu tidak dapat disahkan dan dinafikan jurucakap tentera bersekutu, Myles Caggins.

“Pasukan bersekutu yang melakukan rondaan dekat Qamishli bertembung dengan pos kawalan dikuasai pasukan pro Syria.

“Tentera bersekutu diserang memaksa mereka membalas tembakan bagi mempertahankan diri,” katanya.

Jelasnya lagi, pasukan itu selamat kembali ke pangkalan selepas keadaan berjaya dikawal.

Wartawan AFP melaporkan melihat kereta perisai mengibarkan bendera Amerika meninggalkan kampung itu.

Khirbet Amo adalah antara beberapa kawasan dikuasai puak Kurdi, yang dikawal tentera pro pemerintah Syria.

Tentera Amerika berada di kawasan itu sebagai sebahagian daripada pasukan tentera bersekutu bagi menyingkirkan saki baki pengganas ISIS. 

Sumber : AFP/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan