Senator AS Elizabeth Warren sahkan ikut bertanding Pilihan Raya Presiden
Anggota Democrat Elizabeth Warren dengan rasminya memasuki gelanggang pertandingan bagi pilihan raya presiden Amerika tahun depan.
MASSACHUSETTS: Anggota Democrat Elizabeth Warren dengan rasminya memasuki gelanggang pertandingan bagi pilihan raya presiden Amerika tahun depan.
Dengan ini, Senator Warren, 69 tahun, menjadi wanita keempat yang sedang berusaha untuk dipilih sebagai calon Democrat yang akan menumbangkan Presiden Donald Trump. Beliau melancarkan kempennya dengan berjanji untuk memperjuangkan hak golongan pekerja Amerika.
Senator dari wilayah Massachusetts itu kian mendapat sokongan kerana kelantangannya bersuara menentang apa yang disebutnya sebagai "sistem cacat yang mengagung-agungkan golongan kaya raya tanpa mengendahkan golongan tidak berada."
Sungguhpun begitu, Senator Warren terpalit kontroversi berhubung pengakuannya yang berketurunan pribumi Amerika.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.