Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Semua model iPhone dilancar tahun depan dilengkapi keupayaan 5G

Semua iPhone yang akan dikeluarkan oleh Apple tahun depan akan dilengkapi dengan teknologi 5G, lapor Nikkei Asia hari ini (21 Jul), memetik sumber yang rapat dengan perkembangan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Semua model iPhone dilancar tahun depan dilengkapi keupayaan 5G

Logo Apple. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 21 Jul 2021 09:24PM Dikemas Kini : 21 Jul 2021 09:26PM

MOSCOW: Semua iPhone yang akan dikeluarkan oleh Apple tahun depan akan dilengkapi dengan teknologi 5G, lapor Nikkei Asia hari ini (21 Jul), memetik sumber yang rapat dengan perkembangan tersebut.

Syarikat itu tidak akan melancarkan sebarang model 4G pada 2022 dan akan mula menjual versi model paling murah, iaitu iPhone SE, yang sesuai dengan ketersambungan 5G, menurut agensi Sputnik.

iPhone SE dilaporkan mula dijual pada separuh pertama 2022 dan dijangka akan kelihatan seperti versi iPhone 8 yang dikemas kini dan menampilkan paparan LCD 4.7 inci berbanding skrin OLED yang selalunya digunakan oleh syarikat itu bagi produk 5Gnya.

"Sudah hampir dipersetujui bahawa tidak akan ada (model) Mini tahun depan, dan akan ada iPhone Pro Max terbesar versi murah. Namun, reka bentuk untuk spesifikasi terperinci bagi empat model baru tahun depan belum diputuskan," kata sumber itu kepada Nikkei.

Apple agak keterbelakang mengejar trend 5G sedang pesaing-pesaingnya Samsung Electronics, Oppo, Xiaomi dan Huawei Technologies semuanya sudah mengeluarkan telefon bijak 5G selewat-lewatnya 2019, sementara iPhone pertama yang menyokong 5G dilancarkan tahun lalu.

Sumber : Bernama/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan