Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Semua majlis akad nikah di Perak ditangguhkan sebagai langkah waspada COVID-19

Semua majlis akad nikah di Perak ditangguhkan bermula hari ini (21 Mac) sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian bagi mengawal penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Semua majlis akad nikah di Perak ditangguhkan sebagai langkah waspada COVID-19

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 21 Mar 2020 04:03PM Dikemas Kini : 21 Mar 2020 04:08PM

IPOH: Semua majlis akad nikah di Perak ditangguhkan bermula hari ini (21 Mac) sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian bagi mengawal penularan COVID-19.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Mohd Yusop Husin berkata penangguhan itu dilakukan bagi melindungi keselamatan jurunikah dan pihak-pihak lain yang terlibat.

"Semua majlis akad nikah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan hendaklah ditangguhkan berkuat kuasa hari ini sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini1 Mac).

Beliau berkata semua Pegawai Tadbir Agama (PTA) diminta memaklumkan kepada semua jurunikah di bawah seliaan masing-masing untuk tindakan lanjut.

Selasa lepas, JAIPk menetapkan majlis akad nikah hanya dibenarkan di premis persendirian dan dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi 30 minit dengan hanya dihadiri seorang jurunikah, dua saksi, pengantin lelaki, pengantin perempuan serta seorang wali.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan