Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Selepas serangan tikaman, ancaman pengganasan kekal 'mungkin' berlaku: PM Australia

Perdana Menteri Australia Scott Morrison berkata pada Sabtu (10 Nov) bahawa tahap ancaman serangan pengganas di negara itu kekal sebagai "mungkin". Beliau berkata demikian sehari selepas satu serangan bersenjatakan pisau berlaku di Melbourne, yang menurut pihak polis dipengaruhi ISIS.

Anggaran Waktu Membaca:
Selepas serangan tikaman, ancaman pengganasan kekal 'mungkin' berlaku: PM Australia

Gambar fail Scott Morrison (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 10 Nov 2018 12:32PM Dikemas Kini : 10 Nov 2018 12:40PM

SYDNEY: Perdana Menteri Australia Scott Morrison berkata pada Sabtu (10 Nov) bahawa tahap ancaman serangan pengganas di negara itu kekal sebagai "mungkin". Beliau berkata demikian sehari selepas satu serangan bersenjatakan pisau berlaku di Melbourne, yang menurut pihak polis dipengaruhi ISIS.

Australia menggunakan sistem penarafan lima peringkat bagi ancaman pengganasan, dan "mungkin" adalah tahap ancaman peringkat pertengahan. Tahap ancaman diletakkan di peringkat ini sejak sistem penarafan itu diperkenalkan pada 2015.

Encik Morrison memberitahu para wartawan bahawa pemahaman radikal terhadap Islam menimbulkan ancaman terhadap negara itu.

"Saya perlu tarik perhatian kepadanya. Islam yang radikal, ganas dan melampau bercanggah dengan cara hidup kita," katanya.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan