Images
  • azmin agong
    Yang di-Pertuan Agong menziarahi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia di hospital. (Gambar: Farah Amira Mohamed Azmin/Twitter)

Selepas isteri Mahathir, Agong pula ziarah Azmin di hospital

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam (5 Feb) menziarahi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia Mohamed Azmin Ali yang dirawat di hospital selepas menjalani pembedahan.

Anak Encik Mohamed Azmin, Farah Amira, menerusi akaun Twitternya berkongsi dua gambar yang memaparkan Sultan Abdullah melawat ayahnya di wad hospital.

"Saya dan keluarga menjunjung kasih di atas keberangkatan Ke bawah DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang berkenan mencemar duli menziarahi Abah @AzminAli petang ini.

"Sesungguhnya, kepedulian dan kasih yang dizahirkan Tuanku adalah kekuatan diri Abah @AzminAli untuk kembali sihat dan berkhidmat demi rakyat dan negara," kata Cik Farah Amira di laman Twitternya.

Bagaimanapun, Cik Farah Amira tidak mendedahkan di mana pusat perubatan dan rawatan yang diterima Encik Mohamed Azmin.

Pada Selasa (5 Feb), isteri perdana menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad, Dr Siti Hasmah Mohd Ali, menziarahi Mohamed Azmin yang turut ditemani isterinya, Shamsidar Taharin. 

- BERNAMA/AI/ai

Top