Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Selama 2 jam, ruang tawaf dibuka untuk orang-orang keperluan khas sahaja

Demi mengiktiraf Hari Antarabangsa bagi Orang-Orang Berkeperluan Khas, tempat bertawaf atau mataf, 'ditempah khas' selama dua jam dan hanya dibuka untuk golongan sedemikian.

Anggaran Waktu Membaca:
Selama 2 jam, ruang tawaf dibuka untuk orang-orang keperluan khas sahaja

(Gambar: ReasahAlharmain/Twitter)

Diterbitkan : 04 Dec 2018 11:39PM Dikemas Kini : 04 Dec 2018 11:46PM

MAKKAH: Demi mengiktiraf Hari Antarabangsa bagi Orang-Orang Berkeperluan Khas, tempat bertawaf atau mataf, 'ditempah khas' selama dua jam dan hanya dibuka untuk golongan sedemikian.

Langkah istimewa itu diambil oleh pentadbir ehwal Dua Masjid Suci, pada 3 Disember kelmarin, lapor Saudi Gazette. Hari Antarabangsa berkenaan jatuh pada tarikh berkenaan.

Dengan penghormatan tersebut para jemaah berkeperluan khas dapat bertawaf keliling Kaabah di mataf dengan sangat licin dan lapang.

Encik Mashour Al-Monaami, yang merupakan Penolong Setiausaha kepada jabatan Dua Masjid Suci, berkata bahawa ia menunjukkan keinginan untuk membantu masyarakat berkeperluan khas tersebut dan mengutarakan tentang hak-hak mereka, lapor Saudi Gazette lagi.

(Gambar: ReasahAlharmain/Twitter)

Hari Antarabangsa bagi Orang-orang Berkeperluan Khas diisytiharkan pada 1992 oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia menyasar untuk mempromosikan hak dan kesejahteraan orang-orang berkeperluan khas tidak kira latar belakang dan pembangunan, serta meningkatkan kesedaran mengenai keadaan yang dihadapi oleh orang-orang berkeperluan khas dalam setiap aspek politik, sosial, ekonomi dan budaya.

Temanya adalah: "Memperkasakan orang-orang kurang upaya dan memastikan masyarakat yang inklusif dan saksama."

Tahun ini, temanya tertumpu kepada memperkasa orang-orang kurang upaya untuk menikmati pembangunan yang inklusif, adil dan mapan, sebagai sebahagian daripada Agenda 2030 untuk Pembangunan Mapan.

Arab Saudi sudah menguatkuasakan undang-undang dan mengambil berat terhadap orang-orang kurang upaya.

Menurut Saudi Gazette, orang-orang kurang upaya di Arab Saudi layak menerima diskaun 50 peratus bagi kos penerbangan untuk diri mereka sendiri serta individu yang menemaninya.

Mereka juga mempunyai hak mendapatkan pendidikan, peluang pekerjaan yang setanding dan akses ke ruang awam.

Malahan, orang-orang kurang upaya juga berhak menerima ruang tempat kenderaan dan subsidi sebanyak SR10,000 (S$3,600) untuk menukar bahagian-bahagian kereta untuk disesuaikan dengan keupayaan mereka. Selain itu, keselamatan sosial juga diberikan kepada para individu yang kurang upaya atau mereka yang menjadi kurang upaya.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan