Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekurang-kurangnya 64 mangsa masih tertimbus susuli tanah runtuh di Jepun

Para penyelamat sedang berpegang pada harapan untuk menemui sekurang-kurangnya 64 orang yang tertimbus lumpur dan runtuhan di sebuah bandar pelancongan Jepun yang dilanda tanah runtuh dahsyat, dengan beberapa pasukan dijangka menyambung semula usaha mencari para mangsa pada Selasa hari ini (6 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Sekurang-kurangnya 64 mangsa masih tertimbus susuli tanah runtuh di Jepun

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Jul 2021 09:47AM Dikemas Kini : 06 Jul 2021 09:48AM

ATAMI, Jepun: Para penyelamat sedang berpegang pada harapan untuk menemui sekurang-kurangnya 64 orang yang tertimbus lumpur dan runtuhan di sebuah bandar pelancongan Jepun yang dilanda tanah runtuh dahsyat, dengan beberapa pasukan dijangka menyambung semula usaha mencari para mangsa pada Selasa hari ini (6 Jul).

Anggota tentera dan pekerja kecemasan menggunakan tiang-tiang dan mesin pengorek untuk mencari di sebalik serpihan-serpihan berlumpur, dua hari selepas tanah runtuh melanda kawasan pergunungan dan sebahagian bandar Atami di tengah Jepun.

Operasi menyelamat digantung pada sebelah petang dan disambung semula awal Selasa, kata para pegawai bandar.

Empat orang disahkan maut walaupun pihak berkuasa masih cuba menentukan lokasi puluhan mangsa yang lain sedang mereka terus mencari di kawasan runtuhan, di mana 130 rumah dan bangunan-bangunan lain turut musnah.

Beberapa tiang penyokong kabel elektrik tumbang, kenderaan dikambus tanah dan bangunan-bangunan runtuh dalam bencana itu, dengan rakaman udara dari satu puncak gunung menunjukkan kesan tanah runtuh dahsyat itu pada lereng bukit yang menghijau tersebut.

"Setakat hari ini, sekurang-kurangnya 64 individu masih belum ditemui," kata jurucakap pengurusan bencana bandar itu Yuta Hara kepada AFP setelah bandar itu mendedahkan nama-nama mangsa dalam usaha mengumpul maklumat tentang status mereka.

Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga berkata tumpuannya tetap untuk mencari para mangsa, dengan ratusan pekerja penyelamat "sedang lakukan sedaya upaya untuk menyelamatkan seramai mungkin orang, secepat mungkin."

Tanah runtuh yang berlaku pada Sabtu (3 Jul) melanda dalam beberapa gelombang dahsyat semasa musim hujan tahunan di Jepun. Ini menyusuli hujan lebat yang turun selama beberapa hari di Atami dan kawasan sekelilingnya.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan