Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekurang-kurangnya 6 maut akibat kebakaran pusat hiburan M'sia

Sekurang-kurangnya enam orang terkorban dalam kejadian kebakaran di tingkat empat sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, di Ipoh pada awal pagi ini (20 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Sekurang-kurangnya 6 maut akibat kebakaran pusat hiburan M'sia

Pusat hiburan yang terbakar terletak di Jalan Raja Dr Nazrin Shah. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 20 Feb 2019 02:24PM Dikemas Kini : 20 Feb 2019 02:25PM

IPOH: Sekurang-kurangnya enam orang terkorban dalam kejadian kebakaran di tingkat empat sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, di Ipoh pada awal pagi ini (20 Feb).

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata empat mangsa iaitu dua wanita dipercayai warga Vietnam manakala seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang lagi lelaki yang belum dikenal pasti ditemui pada sekitar 9.30 pagi.

“Tiga mangsa dipercayai dijumpai di dalam bilik air manakala seorang lagi ditemukan di dalam bilik karaoke,” katanya.

Sebelum itu, dua lelaki - masing-masing berusia 36 dan 37 tahun - disahkan maut oleh pegawai perubatan akibat sesak nafas, manakala seorang lelaki berusia 39 tahun pula berada dalam keadaan kritikal.

Kira-kira 39 anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian sebaik selepas menerima panggilan kebakaran kira-kira pukul 5.49 pagi tadi (20 Feb).

Setibanya jentera di lokasi kejadian, para anggota bomba mendapati ada asap di dalam bangunan dan membawa mangsa turun dari bangunan itu. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan