Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekurang-kurangnya 3 maut dalam insiden tembakan di California dan Texas

Dua insiden tembakan berlaku di Amerika Syarikat - satu di California, satu lagi di Texas.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekurang-kurangnya 3 maut dalam insiden tembakan di California dan Texas

Polis di tempat kejadian di California. (Gambar: Basileus Zeno)

Diterbitkan : 30 Dec 2017 05:14PM Dikemas Kini : 30 Dec 2017 05:22PM

CALIFORNIA: Dua insiden tembakan berlaku di Amerika Syarikat - satu di California, satu lagi di Texas.

Di Long Beach, selatan California, seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah dua lelaki sebelum menembak dirinya sendiri.

Seorang mangsa mati manakala seorang lagi cedera.

Suspek dilaporkan merempuh masuk sebuah pejabat guaman di mana dia bekerja dan melepaskan tembakan.

Polis menyifatkan kejadian ini sebagai "keganasan di tempat kerja".

Kawasan tersebut dikepung polis bagi memudahkan siasatan.

Dalam kejadian berasingan di Texas, dua orang pekerja sebuah bengkel kereta terbunuh akibat ditembak bekas seorang bekas pekerja. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan