Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekurang-kurangnya 3 maut banjir di Itali

Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban di Itali akibat banjir setelah hujan lebat melanda timur pulau Sardinia di Laut Mediterranean.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekurang-kurangnya 3 maut banjir di Itali

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 29 Nov 2020 07:12PM Dikemas Kini : 29 Nov 2020 07:14PM

BITTI: Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban di Itali akibat banjir setelah hujan lebat melanda timur pulau Sardinia di Laut Mediterranean.

Jalan raya di bandar Bitti ditenggelami lumpur menyusuli ribut yang melanda pada Sabtu (28 Nov).

Seorang peladang berusia 55 tahun terkorban dalam kejadian tanah runtuh manakala seorang lelaki 90 tahun meninggal dunia di rumah.

Pasukan kecemasan masih mencari seorang wanita 90-an tahun.

Kebanyakan kenderaan dan jalan raya rosak teruk akibat aliran lumpur yang begitu deras.

Cuaca ribut diramalkan melanda wilayah Calabria di selatan Itali pada Ahad (29 Nov).

Sumber : AFP/ZM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan