Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekurang-kurangnya 26 maut dalam nahas bas di Tunisia

Sekurang-kurangnya 26 orang maut apabila bas yang dinaiki mereka terjunam ke dalam jurang di barat daya Tunisia, menurut para pegawai.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekurang-kurangnya 26 maut dalam nahas bas di Tunisia

Pasukan keselamatan Tunisia memeriksa serpihan bas yang menjunam ke dalam jurang di Ain Snoussi, utara Tunisia. (Gambar: Fethi Belaid/AFP)

Diterbitkan : 02 Dec 2019 04:37PM Dikemas Kini : 02 Dec 2019 04:38PM

AIN SNOUSSI, TUNISIA: Sekurang-kurangnya 26 orang maut apabila bas yang dinaiki mereka terjunam ke dalam jurang di barat daya Tunisia, menurut para pegawai.

Bas yang berkhidmat antara wilayah-wilayah di negara Afrika itu terbabas lalu menjunam ke dalam jurang semasa melalui jalan berliku di kawasan bukit di wilayah Amdoun.

Ia membawa 43 orang rakyat tempatan dan sedang dalam perjalanan sejauh 185 kilometer dari ibu kota Tunis menuju Aid Draham, sebuah kawasan pergunungan dekat sempadan Algeria, ketika nahas berlaku.

Pada lewat Ahad (1 Dis), kementerian kesihatan menyatakan 17 orang cedera dalam kemalangan di kawasan pergunungan popular dalam kalangan para pelancong.

Awal dari itu, kementerian ehwal dalam negeri melaporkan nahas tersebut meragut nyawa 22 daripada 43 penumpang. 

Sumber : AFP/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan