Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekurang-kurangnya 17 maut dalam serangan bom kereta di Afghanistan

Sekurang-kurangnya 17 orang maut selepas sebuah bom kereta meletup di Afghanistan ketika orang ramai sibuk membeli belah bagi persiapan menjelang Aidiladha.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekurang-kurangnya 17 maut dalam serangan bom kereta di Afghanistan

(Gambar fail: Omar Sobhani/Reuters)

Diterbitkan : 31 Jul 2020 12:45PM Dikemas Kini : 31 Jul 2020 01:39PM

PULI ALAM: Sekurang-kurangnya 17 orang maut selepas sebuah bom kereta meletup di Afghanistan ketika orang ramai sibuk membeli belah bagi persiapan menjelang Aidiladha.

Doktor kanan di sebuah hospital di bandar Puli Alam, wilayah Logar, Sediqullah, berkata 17 mayat dan 21 mangsa yang tercedera dibawa ke hospital selepas kejadian itu.

Kementerian Dalam Negeri mengesahkan tragedi itu berlaku sehari sebelum gencatan senjata selama tiga hari antara Taliban dengan Kabul.

Jurucakap Gabenor Logar, Dedar Lawang, memberitahu AFP bahawa ia adalah perbuatan pengebom nekad menggunakan sebuah kereta di tempat yang sesak ketika orang ramai membeli belah sempena Aidiladha.

Menurut seorang pelajar, Jamshed Ahmad, yang berada di tempat kejadian, letupan bom itu berlaku berdekatan pejabat gabenor.

Sementara itu, Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, Tariq Arian, mengecam serangan itu.

"Kumpulan pengganas ini sekali lagi menyerang pada malam Aidiladha dan menyebabkan nyawa penduduk terkorban," katanya.

Dalam pada itu, jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, berkata letupan itu "tidak ada kena mengena" dengan kumpulan pemberontak terbabit.

Taliban dan pemerintah Afghanistan telah bersetuju mematuhi gencatan senjata selama tiga hari mulai Jumaat, iaitu hari pertama sambutan Aidiladha.

Sumber : AFP/EM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan